NAMA: ZUL FAUZI BIN MOHD KAMAL PADLI
NO. MATRIK: M20161000695
KURSUS: SME6044 (CONTEMPORARY ISSUES IN MATHS EDUCATION
LAPORAN
MINI (KAJIAN)
Tajuk
Projek : Tahap Kompetensi Guru Opsyen
dan Guru Bukan Opsyen Matematik Sekolah Rendah
Latar Belakang Kajian: Melaksanakan
tinjauan serta menguji kemungkinan yang
berlaku sekiranya guru opsyen dan guru bukan opsyen melaksanakan PDPC
(Pembelajaran dan Pemudahcaraan di dalam kelas bagi mata pelajaran Matematik.
Ia diukur melalui tahap kompetensi yang dijalankan secara soal selidik dan
pengajaran sebenar di dalam kelas. Sampel yang terlibat ialah guru - guru mata
pelajaran Matematik (opsyen/bukan opsyen) di SK Dato’ Mas’ud Bagan Serai Perak
seramai 2 orang. Guru – guru ini terdiri daripada sejarah kelulusan ikhtisas
dan tempoh pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik yang berbeza.
Persoalan Kajian:
•
Aspek – aspek
yang dibincangkan ialah:
• Apakah persepsi guru opsyen dan
guru bukan opsyen mata pelajaran Matematik terhadap pengetahuan isi
kandungan dan kemahiran pedagogi?
• Apakah persepsi guru opsyen dan
guru bukan opsyen mata pelajaran Matematik terhadap pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas?
• Adakah pedagogi guru bukan opsyen
Matematik mempengaruhi penguasaaan murid dalam mata pelajaran Matematik?
|
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
ABSTRAK v
ABSTRACT v
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vi
SENARAI LAMPIRAN
vi
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Latar belakang projek 1
1.2
Pernyataan masalah
2
1.3
Objektif projek 3
1.4
Skop projek
3
1.5
Kepentingan projek
4
1.6
Kerangka kerja teoritikal
4
1.7
Signifikan kajian
4
1.8
Definisi operasional
5
|
2.0
KAJIAN
TINJAUAN LITERATUR 6
-
Tinjauan
Masalah 6
-
Kajian
projek terdahulu
11
3.0
METODOLOGI
KAJIAN 8
3.1
Reka
bentuk projek
9
3.2
Carta
alir 9
3.3
Lokasi
kajian
9
3.4
Persampelan
10
3.5
Kaedah
pengujian
10
3.6 Pengumpulan data 11
4.0
KESIMPULAN,
PERBINCANGAN & CADANGAN 24
·
SENARAI RUJUKAN
·
LAMPIRAN
Abstrak
Kajian mini ini
adalah berkenaan dapatan yang telah dijalankan kepada beberapa orang guru di
sebuah sekolah rendah di Perak. Sekolah yang dimaksudnya ialah SK Dato’ Mas’ud,
Bagan Serai. Sebuah sekolah luar bandar dengan bilangan guru seramai 28 orang
dan murid seramai 184 orang. Sampel ini dipilih kerana pengkaji ingin
mengetahui tahap kompetensi guru opsyen dan guru bukan opsyen Matematik dalam
melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC). Pengkaji membuat tinjauan
melalui soal selidik ringkas berkaitan amalan pengajaran, pedagogi dan
kemahiran yang digunakan serta pemerhatian di dalam kelas. Pengkaji mendapati
bahawa guru opsyen Matematik lebih mengetahui pedagogi dan kemahiran yang
digunakan semasa PDPC. Melalui pemerhatian di dalam kelas, tidak terdapat
perbezaan yang ketara bagi guru opsyen dan bukan opsyen Matematik. Setiap guru
masing – masing menunjukkan kemahiran dan pedagogi tersendiri bagi memastikan
objektif pengajaran tercapai. Pengkaji telah membuat analisis perhubungan tahap
kompetensi dengan amalan pengajaran, pedagogi serta kemahiran melalui perisian
SPSS. Melalui pemerhatian di dalam kelas, pengkaji ingin melihat perbandingan
antara guru opsyen dan guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Matematik.
Bab 1: Pengenalan 1.1 Latar Belakang Projek |
|
-
Pada
umumnya, guru opsyen ialah guru yang mendapat kelayakan major ikhtisas bagi
mata pelajaran tertentu. Ia diperoleh melalui latihan perguruan daripada
program diploma dan ijazah sarjana muda dari Institut Pendidikan Guru serta
beberapa institusi pengajian awam (universiti) yang ditawarkan. Guru opsyen
boleh ditakrifkan sebagai guru dalam bidang kepakarannya (Pusat Rujukan
Persuratan Melayu).Sebagai contoh, jika seseorang guru itu telah mendapat
kelayakan perguruan bagi mata pelajaran Matematik, maka beliau ialah guru
beropsyen Matematik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran pedagogi serta amalan
pengajaran yang menjurus kepada pendidikan Matematik di sekolah.Oleh yang
demikian, pihak sekolah akan memberi kepercayaan kepada guru yang mempunyai
kelayakan major ikhtisas untuk mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah.
-
Berikutnya,
guru bukan opsyen pula boleh ditakrifkan sebagai guru luar bidang kepakarannya
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu).Guru ini diterjemahkan sebagai guru yang
mengajar mata pelajaran tertentu yang bukan major ikhtisas atau akademik.
Sebagai contoh, jika seseorang guru itu mempunyai major ikhtisas Bahasa Melayu,
tetapi di sekolah dia tidak mengajar mata pelajaran tersebut. Pihak sekolah
menawarkan mata pelajaran lain untuk diajar memandangkan guru opsyen Bahasa
Melayu ramai atau lebih di sesebuah sekolah. Guru bukan opsyen terbahagi kepada
tiga iaitu yang pertama ialah guru bukan opsyen akademik. Guru bukan opsyen
akademik mengajar berdasarkan pengkhususan akademiknya yang tertinggi jika
beliau tidak mengajar mata pelajaran opsyen. Sebagai contoh, guru tersebut
mempunyai major ikhtisas Sains tetapi disekolah beliau diarahkan untuk mengajar
mata pelajaran sejarah kerana keputusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bagi sejarah adalah paling tinggi selain mata pelajaran lain.
-
Seterusnya
ialah guru bukan opsyen pengalaman. Guru ini telah mengajar mata pelajaran
bukan opsyen selama tiga tahun atau lebih di sekolah. Jumlah masa waktu
mengajar mata pelajaran tersebut tidak kurang daripada 8 waktu seminggu dan
tidak lebih 12 waktu seminggu. Sebagai contoh, guru tersebut yang mempunyai
opsyen Geografi telah mengajar mata pelajaran Matematik selama 5 tahun kerana
kekurangan guru Matematik di sekolah. Dengan pengalaman yang telah lama ini,
pihak sekolah terus memberi kepercayaan kepadanya untuk mengajar mata pelajaran
Matematik dengan beranggapan guru tersebut berjaya menyesuaikan diri dengan
pengetahuan, kaedah pedagogi dan kemahiran kepada pelajarnya. Selain itu,
kategori yang ketiga ialah guru bukan opsyen akademik dan pengalaman. Guru
jenis ini tidak mengajar mata pelajaran opsyen tetapi mengajar mata pelajaran
lain mengikut prestasi akademik yang tertinggi dan telah mengajar tiga tahun
atau lebih.
-
Setiap
sekolah di Malaysia pasti mempunyai guru
yang mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen. Berdasarkan laporan daripada
keratan portal akhbar daripada bhnews@bh.com.my bertarikh 24 November 2016, guru
bukan opsyen kurang 2 peratus melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh
Malaysia. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, telah berkata guru
bukan opsyen sekolah rendah adalah 1.9 peratus atau 4,558 daripada 239,850
keseluruhan manakala 1.5 peratus atau 3,458 daripada 181,978 guru di sekolah
menengah. Statistik jumlah guru di Malaysia tahun 2016 adalah seperti di bawah:
Peringkat
|
Jumlah
|
Rendah
|
239,850
|
Menengah
|
181,978
|
Jumlah
|
421,828
|
Jadual 1.1
Di peroleh
daripada: Data e-operasi 1 Jun 2016(KPM)
-
|
Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya guru mengajar bukan mata pelajaran
opsyen. Salah satu daripadanya ialah berpunca daripada ketidaksepadanan dalam
pengagihan guru di sekolah. Setiap sekolah berbeza gurunya mengikut jumlah
murid. Guru – guru yang berkhidmat dating dari pelbagai institusi pengajian
seperti Institut Pendidikan Guru (IPG), universiti awam dan luar Negara serta
kolej – kolej yang menawarkan program pendidikan. Pengagihan guru mengikut
negeri, daerah dan sekolah kurang efisien kerana ia memerlukan masa yang lama
untuk direalisasikan. Sebagai contoh, mengambil isu daripada keratan akhbar
atas talian Utusan Borneo Sarawak bertarikh 20 Februari 2017 yang bertajuk
‘Jangan Politik Bawa Masuk Guru Luar’. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) menyatakan kaota guru Sarawak dan guru luar bernisbah 90:10, tetapi
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak tetap membawa masuk guru dari luar
untuk menampung di sekolah dalam Sarawak. Oleh yang demikian, ramai guru yang
berada di semenanjung ditarik masuk ke Sarawak dan Sabah hingga menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan pengagihan guru.
-
Berikutnya faktor yang kedua pula guru baharu
yang ditempatkan di sesuatu sekolah dan didapati tiada kekosongan opsyen di
sana. Sebagai contoh beliau seorang guru beropsyen Matematik tetapi guru yang
opsyen sama telah cukup. Maka guru tersebut terpaksa mengajar subjek selain
Matematik.
-
Faktor yang ketiga pula bersifat sementara
seperti menggantikan guru lain jika guru tersebut mengambil cuti bersalin, cuti
tanpa rekod dan cuti sakit yang panjang. Sebagai contoh, jika guru tersebut
mengambil cuti bersalin selama tiga bulan, guru yang menggantikannya akan
mengambil alih kelas dan mata pelajaran tersebut sehingga tamat tempoh cutinya.
-
Faktor yang keempat pula guru yang diarahkan
bertukar termasuklah program redeployment.
Pertukaran mungkin disebabkan masalah tatatertib, kenaikan pangkat dan lain –
lain. Jika di sekolah lama beliau mengajar mata pelajaran opsyen, tetapi akibat
daripada pertukaran yang serta merta beliau tidak dapat mengajar mata pelajaran
opsyen tersebut di sekolah baru.
1.2 Pernyataan Masalah
|
Pengkaji
merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji dalam kajian mini ini melalui
tahap kompetensi guru opsyen dan guru bukan opsyen melalui pengajaran
Matematik di dalam kelas. Pengkaji
mengharapkan mungkin terdapat sedikit perbezaan melalui pengetahuan, kemahiran
pedagogi dan amalan pengajaran guru – guru yang dinyatakan di atas. Oleh yang
demikian, beberapa persoalan kajian telah dibentuk untuk membantu pengkaji
berdasarkan tajuk Tahap Kompetensi Guru Opsyen dan Guru Bukan Opsyen Matematik
Sekolah Rendah.
• Apakah persepsi guru opsyen dan guru bukan
opsyen mata pelajaran Matematik
terhadap pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi?
• Apakah persepsi guru opsyen dan guru bukan
opsyen mata pelajaran Matematik
terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?
•
Adakah pedagogi guru bukan opsyen Matematik mempengaruhi penguasaaan
murid dalam mata pelajaran
Matematik?
.
1.3 Objektif projek
- Secara
umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau kompetensi guru opsyen dan guru bukan opsyen
mata pelajaran Matematik di sekolah rendah.
- Mengenal
pasti persepsi guru opsyen dan guru bukan opsyen mata pelajaran Matematik
terhadap pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi.
- Mengenal
pasti guru opsyen dan guru bukan opsyen
mata pelajaran Matematik terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
- Meninjau
penguasaan dan kefahaman murid di dalam kelas melalui kemahiran pedagogi guru
bukan opsyen Matematik.
1.4 Skop Projek | |
- - Memandangkan
tajuk kajian lebih terarah kepada pengajaran dan pembelajaran guru opsyen dan
guru bukan opsyen, jadi terdapat skop – skop yang mempengaruhi keseluruhan
projek ini seperti:
- Kajian
ini meninjau kompetensi guru opsyen dan bukan opsyen Matematik di sekolah
rendah.
- Pengumpulan
data kuantitatif digunakan untuk dibuat perhubungan antara pengetahuan, amalan
pengajaran dan kemahiran pedagogi.
- Kajian
ini tertumpu kepada guru – guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di
Sekolah Kebangsaan Dato’ Mas’ud, Bagan Serai, Perak.
- Lebih
berfokus kepada guru – guru beropsyen Matematik dan bukan opsyen di sekolah
tersebut.
1.5 Kepentingan projek
|
Kefahaman dan
penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran bergantung kepada gaya
pengajaran guru melalui amalan pengajarannya, kemahiran pedagogi dan
pengetahuan. Oleh itu, guru yang mempunyai opsyen ikhtisas mata pelajaran
tertentu adalah lebih layak untuk mengajar dan memberi segala pendekatan,
kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam membantu pelajar di dalam kelas.
Kajian ini tidaklah memberatkan guru opsyen dan menolak guru bukan opsyen
tetapi hanya membuat tinjauan mengenai kompetensi mereka melalui pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru bukan opsyen juga mempunyai kepakaran dan
pengalaman yang banyak jika beliau telah mengajar mata pelajaran yang bukan
opsyen lebih daripada 3 tahun. Pada mulanya mungkin guru tersebut masih kurang
pengetahuan dan kemahiran pedagogi dan kurang yakin untuk mengambil mata
pelajaran tersebut tetapi melalui pengalaman, dapatan ilmu serta kemahiran yang
dipelbagaikan akan memberi kekuatan guru tersebut mengajar mata pelajaran bukan
opsyen dengan baik dan cemerlang.
1.6 Kerangka Kerja Konseptual
1.7 Signifikan Kajian |
Kajian
mini ini amat penting untuk meninjau kompetensi guru opsyen dan guru bukan
opsyen Matematik di dalam kelas. Kompetensi guru yang sangat baik membantu
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lancar dan membantu kefahaman dan
penguasaan pelajar.
|
Murid – murid
di sekolah luar bandar memerlukan bantuan dan panduan yang lebih kerana kurang
inisiatif pembelajaran dan mengharapkan guru semata – mata. Oleh yang demikian,
guru yang mahir dalam semua aspek pengajaran amat penting untuk membantu mereka
menguasai sesuatu mata pelajaran.
1.8 Definisi Operasional
-
Tahap Kompetensi: Diukur melalui perhubungan amalan pengajaran, kemahiran
pedagogi dan pengetahuan guru.
-
Guru Opsyen: Guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas major Matematik.
-
Guru Bukan Opsyen: Guru yang mempunyai kelayakan
ikhtisas major selain Matematik
tetapi mengajar Matematik.
-
Matematik: Mata pelajaran melibatkan sistem
nombor, operasi, penyelesaian
masalah serta melibatkan kehidupan
seharian.
-
Sekolah rendah: Sistem persekolahan peringkat awal melibatkan murid – murid
prasekolah sehingga Tahun 6.
Bab 2 Kajian Literatur | ||
|
2.1 Sehingga
hari ini, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang
semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru luar bidang bermaksud
guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran
yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang
setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru subjek
yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah
kekurangan guru di negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan
6000 guru (Penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan
memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan
guru yang tidak seimbang (mismatch): kawasan bandar mempunyai
terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang
mencukupi. Pelbagai kajian yang menunjukkan isu guru luar bidang ini
mempengaruhi profesion perguruan. Guru luar bidang ini sama juga dengan guru
bukan opsyen.
|
2.2 Pendidikan di negara ini adalah satu
usaha berterusan untuk melahirkan insan yang modal insan dan seimbang.
Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah merangka beberapa strategi
termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan
Institut Pendidikan Guru (IPG). Usaha ini bertujuan untuk melahirkan guru yang
berilmu, berkualiti dan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum yang
telah digubal. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana sekolah
satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah
kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan
opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan
pakar mereka. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak
dapat mengajar dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan
sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini terpaksa akur dengan arahan dan perintah
pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang
kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan.
2.3
Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru
luar bidang ini. Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll
(2011) iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah
mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang
mereka ajar disekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang mereka pakar
untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta
dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga kajian di
Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum
sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of
Research in Priority Areas , 2003-2005).
Bab 3 Metodologi Kajian
3.1 Reka bentuk projek
Kajian mini ini dijalankan untuk
meninjau dan menilai tahap kompetensi guru opsyen dan guru bukan opsyen
Matematik di sekolah rendah. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah
guru yang beropsyen Matematik dan guru yang tidak beropsyen Matematik.
Sementara pemboleh ubah bergerak balas merangkumi kompetensi guru melalui
pengetahuan, kemahiran pedagogi serta amalan pengajaran.
|
Pemboleh ubah
di atas akan diuji melalui metode yang akan dilakukan oleh pengkaji melalui
penggumpulan data secara kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif diperolehi dalam
analisis penomboran atau angka seterusnya dikumpul dan diproses menggunakan
perisian pemprosesan data secara lebih sistematik. Melalui penyelidikan ini,
penyelidik dapat menkaji secara lebih mendalam proses yang berlaku dalam
pengkajian itu dengan lebih realiti. Maklumat yang dikumpul adalah melalui 2
orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di SK Dato’ Mas’ud. Masing -
masing ialah guru beropsyen Matematik dan guru yang tidak beropsyen Matematik.
3.2 Carta alir
Kajian yang dijalankan menggunakan
dua metode pengumpulan data iaitu:
·
Kaji
selidik (Data Kuantitatif)
·
Pemerhatian
3.3 Lokasi
Kajian
Lokasi penyelidikan kajian ini
dilaksanakan di sebuah sekolah rendah terpilih di daerah Kerian, Perak iaitu
Sekolah Kebangsaan Dato’ Mas’ud. Jarak sekolah dari bandar yang terdekat ialah
kira – kira 15 kilometer.
3.4 Persampelan
Dua orang guru bertindak sebagai
responden dan dilaksanakan pengujian
sampel di Sekolah Kebangsaan Dato’ Mas’ud.
|
Jadual Maklumat Guru Opsyen SK Dato’
Mas’us
Nama Guru
|
Opsyen 1
|
Opsyen 2
|
En. Mohd Shamil Shah Bin Jamil
|
Matematik
|
Bahasa Inggeris
|
Pn. Syahidatul Munawirah Bt Saidin
|
Bahasa Melayu
|
Sains
|
Jadual 3.4.1
3.5 Kaedah pengujian
Data yang diperolehi secara
kuantitatif akan iaitu soal selidik akan dianalisis melalui perisian SPSS (Statistic Package for Sosial Science). Soal
selidik menggunakan Skala Likert melalui lima tahap pengujian; Sangat setuju –
Sangat tidak setuju. Data secara kualitatif akan didokumentasi dalam bentuk
gambar dan video sebagai pembuktian bagi pemerhatian dan soal selidik yang
telah dijalanakan.
3.6 Pengumpulan data
Penggumpulan data menggunakan
maklumat yang diperolehi iaitu bersumberkan data primer dan data sekunder.
·
Data
primer adalah data yang telah dikumpulkan sendiri oleh pengkaji (Izham, 2000).
Penggumpulan data primer melalui kuantitatif dan kualitatif menggunakan
pelbagai instrumen pengujian daripada kumpulan sasaran yang telah ditetapkan.
·
Data
sekunder ialah data yang telah direkod atau dikumpul oleh pihak lain sebagai
bahan rujukan pengkaji dalam menyediakan maklumat yang lebih komprehensif, data
– data semasa pengetahuan tambahan. Antara contoh data melibatkan pengkajian
ini ialah sistem e-Operasi Guru, HRMIS dan jadual waktu guru Matematik.
|
Baharin Shamsudin(1992).Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah
Rendah.Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur
Rendah.Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur
Thompson.I(1999). Issues in Teaching Numeracy in Primary
Schools. St Edmundsbury Press Ltd,
Bury St Edmunds, Suffolk.
Bury St Edmunds, Suffolk.
Charlesworth.S (1999).Experiences In Math For Young
Children. Delmar of Thomson
Learning. United States Of America
Learning. United States Of America
Azhari Mariani & Zaleha Ibrahim (2013). Pengaruh
Kompetensi Guru Matematik Ke Atas Amalan
Pengajaran Kreatif. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.
ISQAE 2013
e – Operasi Guru. Diambil daripada https://eoperasi.moe.gov.my/index.cfm
Faiz Saman. Utusan Online(2016,9 Jan).Penempatan Guru Baharu Ikut Kekosongan dan Opsyen.
Diambil
dan-opsyen-1.177832
Unit LDP IPGKTI.Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).
Diambil daripada
Patricia Gari.Utusan Borneo Sarawak(2017,20 Feb).Jangan
Politik Isu Bawa Guru Luar. Diambil
daripada
daripada
Lo Siew Ling.(2014). Pensijilan guru. Diambil daripada
Faiz Saman (2016, 9
Januari). Penempatan Guru Baharu Ikut Kekosongan dan Opsyen. Diambil
kekosongan-dan-opsyen-1.177832
Lee Chee Ying (1981).
Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan: Satu Tinjauan. Maktab
Perguruan Sri Pinang. Jld.3,
Bil.1
(2016,8 Mac).Seramai
819 Guru Interim Ditemuduga pada 9 Mac di Sarawak. Diambil daripada
http://www.pengajar.info/2016/03/seramai-819-guru-interim-ditemuduga.html
Anwar Patho Rohman,
Hazwan Faisal Mohamad & Luqman Arif Abdul Karim. (2016). Guru
Bukan Opsyen Kurang 2%. Diambil
daripada http://www.bharian.com.my/node/216339
Program Intervensi
Tambah Opsyen. Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus
Temenggong Ibrahim Johor. Diambil
daripada http://uldp.ipgkti.edu.my/index.php/uldp-
pito
Patricia Gari.
(2013).Jangan Politik Isu Bawa Masuk Guru Luar. Utusan Borneo Sarawak.
Diambil daripada https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sarawak/20170220/281711204412000