ISU KONTEMPORARI DALAM
PENDIDIKAN MATEMATIK: PENSIJILAN GURU
1.0 PENGENALAN
Pendidikan
Matematik di Malaysia berkembang dengan pesat selaras dengan tuntutan keperluan
global dan masyarakat yang bergerak dengan kadar yang pantas dalam persekitaran
yang canggih dan terkini. Tanggapan masyarakat dan komuniti mengharapkan bahawa
pendidikan sahajalah yang menyediakan peluang kehidupan yang lebih baik pada
masa mendatang. Penguasaan Sains dan Matematik sangat penting kerana
peningkatan teknologi yang pelbagai dan memerlukan kepakaran manusia untuk mengendalikannya.
Secara umumnya, perubahan kurikulum melibatkan enam fasa iaitu Zaman pramerdeka
atau sebelum merdeka (sebelum tahun 1957), Zaman pasca merdeka (1957 – 1970),
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991 –
2000), Zaman Dasar Wawasan Negara (2001 – 2010) serta Zaman Transformasi Negara
(2011 – 2025).
1.1 Zaman Pramerdeka
Pada zaman sebelum
merdeka, sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan
empayar Melaka iaitu dari tahun 1400 sehingga tahun 1786. Dengan kedatangan
agama Islam di Melaka, pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan agama
Islam. Namun apabila apabila Portugis menawan pada tahun 1511, mereka telah
memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian, mazhab Roman Katolik, dan
mazhab Protestan apabila Melaka jatuh pada tangan Belanda. Pendidikan bertukar sekali lagi
kepada pendidikan Inggeris apabila Inggeris memerintah Tanah Melayu (1786).
Zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang dua abad lamanya. Negara
Jepun pula telah memerintah negara ini dari tahun 1942-1945.
Setelah tamat Perang
Dunia Kedua. Hampir semua sekolah sedia ada diarah tutup melainkan sebilangan
kecil sahaja dibuka untuk mengajar Bahasa Jepun.
Di bawah pemerintahan British semula(1854), kaum Melayu,
Cina dan India diasingkan dari segi pendidikan melalui dasar Pecah dan
Perintah atau pun Laissez Faire.
Ianya bertujuan untuk mengasingkan kaum di Tanah Malaya pada masa itu
mengikut kepentingan atau tujuan pihak Inggeris pada masa itu..
Secara ringkasnya orang Melayu diberi pendidikan asas selama
enam tahun sahaja di mana kemahiran asas melalui Ilmu Hisab dibekalkan
agar anak-anak lelaki berupaya mengendalikan urus niaga perniagaan secara
kecil-kecilan apabila dewasa nanti di samping nilai-nilai murni. Bagi orang
India mereka diberi pendidikan asas dalam tempoh yang sama dan menjadi buruh di
ladang-ladang getah dan trek keretapi. Orang Cina pula menerima pendidikan
berasasakan kurikulum dari Negara Cina sendiri.
1.2 Zaman Selepas Merdeka
Selepas Perang Dunia
Kedua sistem pendidikan merangkumi tahap rendah, menengah, latihan perguruan
dan pendidikan tinggi. Semasa pemerintahan Jepun selama tiga tahun,
jentera pemerintahan Negara ini telah mengalami pelbagai masalah pendidikan.
Kerajaan British telah merancang untuk menstruktur semula sistem pendidikan di
Negara ini. Maka terhasil Rancangan Cheeseman. Namun ianya tidak
berfokuskan kepada integrasi sosial dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan
lupus begitu sahaja. Lantaran itu orang Melayu masih kekal dalam perjuangan
mereka untuk menuntut reformasi dalam bidang pendidikan yang kemudiannya
dimanifestasi dalam pelbagai laporan pendidikan. Antaranya termasuklah Laporan
Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952 dan Penyata Razak 1956:
a. Laporan
Barnes (1951)- menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu.
b. Laporan
Fenn-Wu (1951)- menyemak pendidikan kaum Cina
c. Ordinan
Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan.
d. Laporan
Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk
memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Pendidikan
semasa zaman pramerdeka menunjukkan bahawa subjek Ilmu Hisab
(Matematik)
telah pun wujud. Namun silibus matematik yang diajar di sekolah masih belum
diselaraskan. Setiap sekolah bebas memilih mana-mana buku teks dan topik yang
difikirkan sesuai untuk diajar pada ketika itu. Silibus matematik akhirnya
dikukuhkan lagi dengan wujudnya kurikulum rasmi bagi pendidikan matematik pada
tahun 1956 selepas cadangan Penyata Razak. Namun hanya terdapat perubahan kecil
sahaja pada tajuk aritmetik dan beberapa tajuk lain.
1.3 Zaman Dasar Ekonomi Baru
Malaysia mengalami
perubahan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1970-1990) yang bermatlamat
mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan dalam kalangan semua
kaum dan penyusunan semula masyarakat. Pendidikan diberi keutamaan dan sama
rata untuk semua kaum.
a) Program Matematik Moden (1970)
Dalam tempoh ini, Panitia Kurikulum Matematik yang
ditubuhkan sejak 1969 telah mengguna pakai topik-topik daripada School
Mathematics Project (SMP) (1972) bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4
dan Tingkatan 5. Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan 4 dan
Matematik Moden Tingkatan 5 telah diterbitka pada 1974 dan 1975. Sukatan
Pelajaran Matematik Moden dirancang dengan tujuan menghasilkan sukatan
Matematik yang lebih progresif. SMP telah memberi pengaruh yang besar dalam
penghasilan buku teks matematik moden Malaysia.
Seterusnya kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah
atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah
disatukan pada 1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi
topik-topik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri,
matriks dan statistik.
b) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
(1983)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) dilaksanakan
dengan tujuan mengembangkan kemahiran mengira dalam kalangan murid. Beberapa
topik dalam sukatan matematik diubah suai semula selaras dengan kebolehan
pelajar di Malaysia. Sukatan Matematik dibahagikan kepada dua peringkat. Aras I
(Tahun 1-3) memberi penekanan kepada penguasaan konsep-konsep asas penomboran
serta pelaksanaan empat operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi manakala
Aras II (Tahun 4-6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta
penyelesaian masalah.
Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi
Kurikulum Pendidikan Negara yang menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam
kurikulum Matematik. KBSR bertujuan menyediakan peluang yang sama bagi semua
murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan
sosial masyarakat yang baik. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang digubal pada tahun 1988 yang menekankan pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
1.4 Zaman Dasar Pembangunan Negara
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat
dalam pendidikan Negara.
Sudah
tentu subjek Matematik diberi penekanan yang lebih dan meluas bagi memastikan
Malaysia sentiasa seiring dengan Negara-negara maju.
a) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) (1994)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pada tahun 1998, sekali lagi berlaku
perubahan kepada Kurikulum Matematik. Matlamat utamanya adalah untuk memudahkan
pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Pelajar
diharapkan mampu menguruskan aktiviti seharian mereka dengan lebih sistematik
berdasarkan pengetahuan matematik yang diperolehi dan terus maju serta
melanjutkan pelajaran di masa akan datang dalam pembentukan modal menyumbang
kepada kemajuan masyarakat dan negara. Perubahan yang dibuat ini adalah
selaras dengan kehendak dan cita-citanya murni yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan 1994.
b) Sukatan Matematik Sekolah Rendah
(1998)
Selaras dengan hasrat Negara
kita untuk mencapai wawasan 2020 serta perkembangan pesat dalam era sains dan
teknologi, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk mengubahsuai sistem
pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemangkin yang difikirkan sesuai ke
arah pengubahsuaian ini adaalah pembentukan Sekolah Bestari (1995) yang
dilengkapi dengan sistem teknologi terkini.
Sukatan Matematik disemak semula bagi merealisasikan
objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam visi 2020. Semakan semula
pada tahun 1998 memastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan
mengadaptasi dalam situasi kehidupan harian. Akhirnya jawatankuasa berkenaan
telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk
utama. Setiap tajuk telah disusun daripada mudah kepada susah. Tajuk-tajuknya
ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan
operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.
1.5 Zaman Dasar Wawasan Negara
Pada abad
ke-21, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan program Pembangunan
Pendidikan (2001-2010) yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia.
a) Program Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Pada Bulan
Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4
dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini
bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan
pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
1.6
Zaman Transformasi Negara
Berdasarkan
Gelombang 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan tumpuan pada peningkatan
prestasi sistem pendidikan negara. Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA)
adalah pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan instrumen yang
digunakan sebagai penanda aras kualiti pendidikan Sains, Matematik dan Bacaan.
PPPM menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata
antarabangsa dalam pentaksiran berkenaan. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM
menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam
kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.
Dalam usaha merealisasikan
hasrat PPPM, Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik
dibangunkan dengan berteraskan pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Peningkatan KBAT dalam kalangan murid adalah kritikal bagi memastikan
murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA
jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan
KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Bahan sumber PdP Sains dan
Matematik ini dibangunkan berasaskan gabungan kerangka kurikulum kebangsaan dan
juga Kerangka Kerja TIMSS dan PISA yang berteraskan KBAT. Beberapa tajuk
seperti Kebarangkalian bagi mata pelajaran Matematik dan Sains Bumi bagi mata
pelajaran Sains perlu diajar kepada murid-murid yang bakal menduduki TIMSS dan
PISA memandangkan tajuk-tajuk ini dinilai dalam pentaksiran yang berkenaan.
Guru perlu menggunakan
bahan sumber ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau di masa
lain yang telah diperuntukkan. Usaha ini penting dalam memastikan murid
dibekalkan dengan kemahiran berfikir, kritis dan kreatif serta dapat
meningkatkan pencapaian negara seperti yang dihasratkan oleh PPPM.
1.2 Matlamat pendidikan Matematik
Matlamat pendidikan Matematik di
Malaysia adalah untuk :
1.2.1 Melahirkan warga yang bukan sahaja mampu
untuk mengaplikasi pengetahuan matematik mereka, tetapi juga menyelesai
masalah baru. Dalam erti kata lain, individu berliterasi matematik yang kreatif
dan kritis.
1.2.2 Pada
akhir persekolahan, adalah diharapkan agar individu yang dihasilkan boleh
menghargai matematik dari segi :
- nilai sejarah
- budaya
- saintifiknya
- yakin dengan kebolehan kuasa matematik masing-masing.
Pelajar
yang sedemikian akan berkemampuan untuk menyelesai masalah matematikal dan
berkebolehan untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa matematik serta
mampu pula untuk membuat keputusan secara matematikal.
1.2.3 Seterusnya adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang boleh :
- berkomunikasi
- berfikir
- membuat justifikasi secara matematikal
- menggunakan kuasa matematik masing-masing untuk menyelesaikan masalah sama ada masalah yang sedia ada dalam situasi dunia sebenar mahupun masalah baru yang belum nyata lagi penyelesaiannya
- menjurus kepada pendemokrasian pendidikan matematik, bagi mewujudkan keseimbangan peluang sosial dan ekonomi
- berkeupayaan menghadapi cabaran dalam kehidupan pada alaf baru.
Oleh
hal yang demikian matematik perlu diajar sebagai satu seni, satu permainan,
sains semulajadi ataupun berorientasikan teknologi. Aspek penting dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik adalah menjadikan ianya sebagai
satu penaakulan iaitu dicapai melalui penyelesaian masalah. Setiap
kali pelajar mencuba untuk menyelesaikan masalah mereka akan menggunakan akal
mereka untuk menaakul.
Aspek
lain yang perlu ditekankan dalam pengajaran matematik adalah matematik
sebagai komunikasi:
- Pelajar perlu dilatih untuk menyampaikan idea mereka yang diperolehi secara individu ataupun kumpulan dengan jelas dan tepat agar orang lain boleh memahami dan membuktikan semula pendapat mereka.
- Penyampaian idea sebegini membantu pelajar untuk membina konsep di samping membina perkaitan idea yang tidak formal, intuitif, bahasa abstrak dengan simbol.
- Di samping, ia menggalakkan aktiviti sosial di mana dalam proses penyampaian idea ini, pelajar akan menerima idea melalui mendengar, membaca, dan visualisasi.
2.0
Isu dan Permasalahan
2.1 Perkembangan Sistem Perguruan
Sistem
pendidikan perguruan telah menjalani pelbagai era perubahan bermula dari zaman
penjajahan Inggeris atau sebelum merdeka, selepas kemerdekaan dan pada masa
kini. Jika diselurusi kembali sistem perguruan pada masa dahulu, ia lebih
kepada pendekatan untuk mencukupi bilangan guru atas faktor kekurangan guru.
Ditambah lagi dengan bentuk pemerintahan Inggeris yang melaksanakan kaedah
‘Laissie Fairz’ atau dasar pecah perintah, sistem pendidikan Tanah Melayu
terbahagi kepada beberapa cabang. Terbentuknya sistem persekolahan Inggeris,
Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan Inggeris lebih tersusun dan mencapai
tahap kualiti yang tinggi. Kelulusan bagi seseorang untuk menjadi guru mestilah
melepasi kelulusan Senior Cambridge dan dihantar mengikuti latihan perguruan di
Universiti Hong Kong. Apabila keperluan guru semakin bertambah, beberapa maktab
perguruan di United Kingdom telah menerima guru seperti Maktab Kirby dan Maktab
Brainsford Lodge. Selepas dari itu,
barulah tertubuhnya Maktab Perguruan Malaya (MTC) di Pulau Pinang selepas
merdeka.
Bagi
sistem pendidikan Melayu pula, guru – guru yang terpilih juga disaring
kelayakannya sebelum diserap ke sekolah – sekolah Melayu. Di sekolah Melayu,
guru mendapat latihan menerusi sistem guru pelatih atau guru sementara. Mereka
akan sertai kelas keguruan selama tiga tahun. Jika mereka lulus penilaian dalam
latihan yang diberikan, mereka digelar guru bersijil. Sebaliknya, jika gagal
digelar guru tidak bersijil. Guru bersijil akan dihantar kursus lanjutan ke
Maktab Perguruan Sultan idris (MPSI). Selain itu, guru perempuan pula diambil
untuk diberikan latihan di Maktab Perguruan Perempuan, Melaka. Sementara itu,
guru tidak bersijil diberikan latihan sambilan di sekolah.
Dalam
sistem pendidikan sekolah Cina pula, guru – guru yang mengajar di sekolah di
bawa masuk dari Tanah Besar China. Pada masa sebelum perang dunia ke 2, mutu
serta bilangan guru yang terdapat pada masa itu adalah mencukupi dan terbaik.
Walaubagaimanapun, semasa berlakunya perang, pengambilan guru dihentikan dan
isu kekurangan guru sudah mula timbul. Bagi menyelesaikan masalah ini,
diwujudkan latihan perguruan sekolah Cina bagi menampung kekurangan tersebut.
Berikutnya, dalam sistem pendidikan sekolah Tamil, didapati sekolah yang dibina
amat kurang serta bilangan murid yang sedikit. Guru – guru juga dibawa masuk
dari India Selatan. Oleh kerana kekurangan guru, kerani di estet serta pembantu
klinik diambil secara sambilan untuk mengajar secara sambilan. Bagi mengatasi
kekurangan guru, orang India yang berminat menjadi guru akan dilatih dalam
kelas perguruan yang diadakan pada hujung minggu. Kelayakan masuk adalah darjah
enam.
Berbalik
kepada sistem perguruan pada masa kini, terdapat institusi latihan guru serta
beberapa institusi pengajian awam dan swasta menyediakan program latihan
perguruan serta pendidikan melibatkan peringkat diploma dan ijazah sarjana
muda. Institut Pendidikan Guru (IPG) yang bertanggungjawab penuh dalam
penghasilan guru berkualiti, menyediakan pelbagai program keguruan seperti
Kursus Diploma Keguruan Malaysia (KDPM) sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005,
program ini digantikan dengan program ijazah sarjana muda perguruan selari
dengan kenaikan taraf institut perguruan.
Selain
itu, IPG juga menawarkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama setahun
kepada lepasan graduan IPT yang ingin berkhidmat sebagai guru di sekolah.
Program ini kemudian ditukar kepada Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)
selama setahun setengah. Berikutnya program lain yang disediakan seperti
Program Berkembar B.ed TESL, Program Pelajar Cemerlang (PPC), Kursus dalam Cuti
(KDC), Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) serta Program Latihan Perguruan
Institusi Swasta (PLPS) bagi lepasan graduan yang tidak mempunyai diploma atau
sijil pendidikan. Di samping itu, terdapat sebilangan IPT seperti Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain – lain
yang menawarkan program pendidikan seperti diploma pendidikan, ijazah sarjana
muda pendidikan dalam pelbagai bidang serta program kerjasama dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui program pensiswazahan guru (PPG).
Dalam
isu pensijilan guru, terdapat banyak definisi yang berkaitan boleh ditakrifkan
dengannya. Secara amnya, pensijilan bermaksud pemberian sijil kepada seseorang
atau pihak kerana telah mencapai piawai serta syarat yang ditetapkan bagi
membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti (Pusat Rujukan
Persuratan Melayu). Sementara itu, pensijilan guru adalah pemberian sijil
kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan
dan merupakan guru yang berkualiti (Pusat Rujukan Persuratan Melayu).
2.3 Kriteria Pensijilan Guru
Seseorang guru mestilah mempelajari
teknik – teknik mengajar dan menjalani latihan khas yang dikendalikan oleh
bahagian latihan guru seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Institut
Pendidikan Guru (IPG) serta institusi pendidikan awam dan swasta. Kemahiran
diiktiraf serta lulus peperiksaan professional. Kemahiran diukur melalui
penilaian praktikum dan orientasi guru manakala peperiksaan setiap semester
dikumpul dan dinilai untuk memastikan pelatih guru benar – benar layak untuk
bertugas sebagai pendidik kelak. Kriteria yang terpenting sekali ialah guru
mestilah utamakan tanggungjawab terhadap pelanggan iaitu murid atau pelajar dan
sentiasa mematuhi kod etika keguruan semasa berkhidmat di sekolah.
2.4
Profesionalisme Guru
Secara takrifannya, profesionalisme
adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang professional
(Longman, 1987). Terdapat pelbagai keperluan yang perlu dimiliki oleh guru
untuk meningkatkan tahap profesionalime.Salah satu daripadanya ialah kelayakan
ikhtisas guru. Seseorang guru mestilah
dilengkapi dengan pengetahuan yang luas, berkemahiran dan mempunyai kaedah
penyampaian yang cekap. Ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar
sangat penting untuk membantu murid menguasai bidang atau topik dengan kaedah
yang betul tanpa kesangsian. Jika terdapat kekurangan itu, maka guru tidak
dapat mengajar dengan cekap dan menimbulkan persoalan sama ada teknik atau
kaedah pengajaran itu betul atau sebaliknya. Guru yang berkemahiran pula ialah
guru yang dapat menguasai pedagogi pengajaran dengan baik. Pedagogi terbahagi
kepada banyak cabang menurut pelbagai teori pembelajaran. Jika di dalam kelas
itu terdapat murid yang pelbagai kepandaian (pandai dan lemah), guru perlu
mencari dua kaedah pedagogi pengajaran untuk mengawal pembelajaran mereka
supaya objektif yang dimahukan tercapai.
Selain itu, keterampilan guru juga penting
untuk menjaga mutu dan imej keguruan. Keterampilan didefinisikan sebagai
kemahiran kecekapan dan pengetahuan menggunakan tenaga dalam bidang teknikal
yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang
berkesan (Ahmad,1999; Zambri,2007). Keterampilan guru ini merupakan pakej
lengkap seorang guru yang dihasilkan dari institusi pendidikan guru untuk
membawa kejayaan kepada kliennya iaitu pelajar di sekolah. Di samping itu,
pelatih guru yang terpilih ke IPG atau institusi pendidikan tinggi perlulah
mendapatkan latihan guru asas terlebih dahulu. Latihan yang diberikan adalah
untuk membentuk keupayaan mereka. Latihan juga diberikan untuk bakal guru
mempelajari tatacara bekerja untuk meningkatkan kemahiran guru. Selain itu,
latihan ini bertujuan mengenal pasti latihan yang mencukupi dalam bidang yang
diceburi. Contoh latihan asas guru yang disediakan dan wajib dilakukan ialah
amali pengajaran mikro di dalam makmal pengajaran, pengalaman berasaskan
sekolah (PBS) serta latihan mengajar atau praktikum. Terdapat juga tanggapan
yang menjadi isu tentang latihan guru yang disediakan seperti ramai yang
beranggapan tanpa latihan guru asas pun, seseorang mampu menjadi guru dan
mengajar murid – murid. Tanggapan ini salah sama sekali kerana untuk mendapat
kelayakan seorang guru, mereka perlu melalui banyak peringkat penilaian di IPG
untuk benar – benar layak mendapat kelulusan mengajar. Jika guru – guru
dilantik dengan mengambil dari mana – mana tempat yang tidak diketahui,
dikhuatiri akan menjadi penyebab kepada kegagalan anak murid di sekolah. Guru
bukan mengajar semata – mata tetapi mendidik, membimbing, menyelia dan
sebagainya.
Berikutnya,
isu lain yang timbul ialah insfrastruktur dan kemudahan tempat guru menerima
latihan guru asas. Pada masa kini Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sentiasa
menambah baik serta menaik taraf setiap kemudahan dan peralatan untuk kegunaan
para pelatih guru demi memastikan program pendidikan yang diikuti berjalan
dengan lancar dan perkhidmatan yang terbaik. Berikutnya, isu yang sering
diperkatakan ialah sistem pemilihan calon guru. Pemilihan guru pada masa kini
bukanlah semudah yang disangka. Jika sebelum ini, calon lepasan SPM yang
mendapat minimum kredit mata pelajaran terpilih sudah pasti berjaya dipanggil
untuk ditemuduga.
Berikutan ramai
calon yang ingin memilih kerjaya guru,pihak BPG memgambil dasar tapisan yang
lebih ketat dengan mengambil calon lepasan SPM yang mendapat keputusan
cemerlang sekurang – kurangnya lima subjek dan ke atas. Selepas itu, ujian yang perlu diambil oleh
calon guru ialah Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia, temuduga individu dan
berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. Pada masa kini pula, terdapat
ujian latihan fizikal bagi memastikan setiap pelatih guru sihat, cergas dan
cerdas dari kesemua aspek. Selain itu, terdapat syarat tambahan iaitu Kursus a
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen. Proses
pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) dibuat melalui iklan dan
tapisan yang rapi.Sementara itu, proses perlantikan dan pengesahan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
(SPP) juga diadakan bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum
(Utusan Online, Pendidikan, 2007).
Bagi meningkatkan tahap profesionalime
keguruan, terdapat lima aspek yang perlu ditonjolkan oleh guru. Aspek pertama
ialah meningkatkan profesionalime guru. Kedua, memartabatkan profesion
pendidikan. Ketiga pula ialah mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan
profesionalime keguruan. Keempat pula ialah meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan. Kelima pula ialah inovasi
terkini dalam pendidikan.
Antara cara untuk
meningkatkan tahap profesionalime ini, pihak BPG Menyediakan latihan kepada
guru-guru yang sedang berkhidmat di
sekolah rendah dan menengah.
Program ini bermatlamat kepada peningkatan
pengetahuan dan profesionalisme keguruanseiring dengan perkembangan pendidikan
global. Kursus yang ditawarkan termasuk program
ijazah
dan pasca ijazah. Jenis kursus yang ditawarkan ialah Kursus pendek kelolaan institut
pendidikan guru malaysia (KPKI), Kursus peningkatan profesionalisme 14 minggu
atau KDP 14 Minggu. Kursus khas pensarjanaan pensyarah dan program pembangunan
jurulatih Malaysia dikhususkan kepada pendidik guru
2.4.1 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
BPG ialah bahagian di
Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab mengendalikan program
pendidikan keguruan pra dan dalam perkhidmatan. Program pendidikan keguruan
berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru
untuk melahirkan guru yang professional, berketerampilan, berdaya tahan,
berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap
teknologi. Selain itu, terdapat objektif utama yang menjadikan BPG sangat
berperanan melahirkan insan guru yang terbaik. Salah satu
daripadanya ialah BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru bertanggungjawab
merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti serta BPG
bertanggungjawab sepenuh terhadap peningkatan kualiti guru dan memastikan
pemantapan kualiti PdP.
Antara fungsi BPG pula
ialah merancang hala tuju latihan pembangunan profesionalisme keguruan
menggubal dan menilai pelaksanaan dasar latihan guru. Seterusnya pula ialah merancang,
mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau hal-hal berkaitan pentadbiran
perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan pembangunan BPG dan cawangannya.
Berikutnya, BPG memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana serta menilai
program peningkatan keilmuan dan akademik. Di samping itu, ia memberi khidmat
kepakaran, merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program bina upaya
keguruan. Selain itu, BPG juga memberi khidmat kepakaran, merancang, membangun,
menilai dan menentukan pematuhan standard latihan keguruan, memberi khidmat
kepakaran, merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan program kompetensi
pembelajaran dan pengajaran serta memberi khidmat kepakaran, merancang,
mengurus dan melaksana latihan ICT serta menyelaras program dan kandungan
pedagogi untuk pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT.
Statistik pecahan guru mengikut sekolah menengah
dan rendah ditunjukkan seperti jadual di bawah:
Peringkat
|
Jumlah
|
Rendah
|
239,850
|
Menengah
|
181,978
|
Jumlah
|
421,828
|
Bilangan Guru, Data e-operasi, Jun 2016
2.4.2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Standard pengukuran profisiensi keguruan
diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996, subseksyen 117 (a). Ia memperuntukkan
kepada Ketua Nazir Sekolah bertanggungjawab bagi memastikan taraf (standard)
pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekal/*kan di institusi pendidikan.
JNJK telah
memperkenalkan:
-
Satu standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif yang
dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010.
SKPM 2010 mengandungi
lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan
kualiti pendidikan yang memuaskan. Standard yang memberikan penekanan kepada
kualiti guru ialah standard 4 iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
standard 5 iaitu kemenjadian murid. Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) yang berkualiti dan tersusun membantu perkembangan dan penguasaan murid
atau pelajar dalam topik atau mata pelajaran yang diajar. Oleh itu, keberhasilan
yang ingin diterjemahkan oleh murid diukur pada Standard 5 iaitu kemenjadian
murid. Pada September tahun 2016, SKPMg2 diperkenalkan dengan menambah baik
mutu penilaian standard sesuai dengan gelombang ke-2 PPPM atau Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ia merupakan penggubalan semula SKPM 2010
dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan
mesyuarat.
Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan
untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan
pendidikan semasa. Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh JNJK ini
merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti
pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti:
Kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan
kemenjadian murid.
2.4.3 Standard Guru Malaysia (SGM)
Standard Guru Malaysia menggariskan
kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.Selain itu, agensi latihan
perguruan membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Berikutnya,
ia juga melahirkan dan melestarikan guru berkualiti serta dokumen disemak
secara berkala bagi tujuan penabahbaikan. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia
mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
”... as the most
significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends,
in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers,
that their teaching is of high quality, and that all students have access to
high quality teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and
Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal.
106)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang
berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat
dijadikan showcase. SGM menggariskan
kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria
dan standard am pendidikan tinggi.
2.4.4 Tatasusila
Profesion Keguruan
Terdapat empat
tanggungjawab guru yang sangat penting terhadap pelajar iaitu ‘core bussines’
utama, ibu bapa, Negara serta rakat sejawat dan profesion keguruan. Bagi
tanggungjawab kepada pelajar, guru perlulah menghayati Tonggak Pendidikan
UNESCO seperti belajar untuk menguasai ilmu, belajar untuk menguasai kemahiran,
belajar menjadi insan yang berguna serta belajar untuk harmoni dan kerjasama.
Guru mestilah menggalakkan pelajar untuk menguasai ilmu supaya mereka dapat
belajar memahami dunia sekeliling, memperkembangkan kemahiran kerjaya dan
komunikasi, serta memperkembang tumpuan, kemahiran, ingatan dan kemahiran
berfikir pelajar.
Dalam penguasaan
kemahiran pula, kompetensi peribadi diasah supaya dapat memainkan peranan
sebagai agen perubahan. Pelajar berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
pekerjaan serta berpengetahuan teoritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah
serta membuat keputusan. Berikutnya, belajar menjadi insan yang berguna
menekankan pendidikan kerohaniandan emosi yang membantu membentuk pelajar yang
berakhlak mulia serta berdisipiln. Ciri – ciri insan yang berguna ialah
pembentukan insan yang menyeluruh daripada segi fizikal, intelek, emosi,
kepekaan serta penghargaan intelek. Ia juga membentuk masyarakat yang
berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Selain itu, belajar untuk harmoni dan
bekerjasama membantu murid meneroka dan memahami kepelbagaian budaya, agama dan
tingkah laku setiap kaum sejak dari peringkat awal persekolahan. Ia juga
memupuk kesedaran untuk saling memahami serta saling memerlukan. Pada akhirnya,
penerapan nilai – nilai murni sangat penting untuk menanam sifat kasih sayang,
tanggungjawab, amanah dan lain – lain pada diri pelajar.
2.4.5 Syarat Kemasukan Ke Profesion Perguruan
Syarat minimum
kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan IPTA/IPTS ialah calon lulusan
Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
serta lepasa kolej matrikulasi.
Matlamat
kursus perguruan ialah menghasilkan insan guru yang berwibawa dalam aspek –
aspek seperti sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran asas, nilai – nilai murni.
Seterusnya, memupuk nilai keguruan seperti dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Guru serta perkembangan teknologi maklumat melibatkan
integrisi ICT dalam PdPc.
2.4.6 Kursus Perguruan yang Ditawarkan
Terdapat
pelbagai program dan kursus yang ditawarkan oleh BPG dan IPTA/IPTS kepada calon
yang telah berjaya menjadi pelatih guru. Secara khususnya, program yang
ditawarkan oleh IPG lebih khusus dan menjurus kepada program perguruan dan
pendidikan. Salah satu IPG yang dimaksudkan ialah Institut Pendidikan Guru
Ipoh. Kursus utama yang ditawarkan kepada bakal guru ialah kursus pra
perkhidmatan. Kursus pra perkhidmatan merupakan program yang menyediakan
latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program
ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan
asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan.
Salah
satu kursus yang ditawarkan ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP). Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang
bagi keperluan di sekolah rendah kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah
dan sekolah menengah. Seterusnya, Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL)
antara (KPM) dengan Institusi-institusi dalam dan luar negara. Kursus ini
ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Berikutnya, program yang
ditawarkan ialah Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan
SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar
dalam mata pelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan.
Struktur
pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1
- 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di
universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut
Pendidikan Guru.
2.5 Isu
– Isu Semasa
Berkaitan
isu dalam Transformasi Nasional 50, TN50 pada 23 Januari 2017, Menteri
Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggalakkan rakyat Malaysia di luar
negara terutamanya pelajar memberi pandangan ke arah meningkatkan kualiti
pendidikan negara selaras dengan hala tuju Transformasi Nasional 2050
(TN50).
Beliau berkata, kementeriannya sangat
mengalu-alukan pandangan bagi menambah baik Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia setaraf
dengan negara seperti United Kingdom, Jepun dan Korea.
Sementara
itu, Timbalan Menteri Pendidikan II,
Datuk Chong Sin Woon, berkata guru bukan opsyen sekolah rendah adalah 1.9
peratus atau 4,558 daripada 239,850 keseluruhan manakala 1.5 peratus atau 3,458
daripada 181,978 guru di sekolah menengah. KPM laksana 3 inisiatif untuk mengatasi
masalah guru bukan opsyen. Inisiatif yang pertama ialah dengan melaksanakan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB) seperti program latihan dalam
perkhidmatan. Inisiatif kedua pula ialah pelaksanaan Program Intervensi Tambah
Opsyen (PITO). Ia diberi khas kepada guru yang tidak mengajar mata pelajaran
asalnya terutama Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tanpa mengubah opsyen asal
guru tersebut. Berikutnya, dengan melabelkan guru melalui National Blue Ocean
Strategy (NBOS). Ia diwujudkan untuk memantapkan profession keguruan dengan
label guru mengikut opsyen ikhtisas major dan minor dan pengalaman mengajar
serta jawatan disandang (Guru Bukan Opsyen Kurang 2 peratusbhnews@bh.com.my,2016)
Selain
itu, terdapat seramai 819, guru interim telah ditemuduga pada 9 Mac 2016 di
Sarawak (Utusan Sarawak, 2016). JPN Sarawak senaraikan 819 calon guru interim
yang rata – ratanya graduan IPTS.Isu kuota pengambilan guru melebihi kekosongan
menteri di Jabatan PM telah dijawab oleh Datuk Joseph Entutu Belaun.
Seterusnya, dasar pengambilan guru tidak boleh dibuka kepada semua siswazah.
Hal ini untuk mengawal aliran kemasukan guru di Sabah dan Sarawak dan
mengutamakan lepasan guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Berikutnya, sasaran
90% guru tempatan di Sabah & Sarawak 2015 telah dinyatakan oleh Timbalan
Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan. Beliau berkata permohonan guru asal
Sarawak yang berkhidmat di semenanjung
kembali ke Sarawak diberi keutamaan bermula 1 Jan 2016. Inisiatif
pengumpulan data 90:10 ini dilancarkan bagi realisasikan 90% guru di Sabah
& Sarawak adalah di kalangan anak tempatan dalam tempoh 3 tahun akan
datang.
Bagi
menjawab isu graduan IPTS dari Universiti Tun Abdul Rahman (UNITAR) dan
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) yang terpilih graduannya ke pemilihan
temuduga guru pada Mac 2012. Ia merupakan satu berita baik graduan IPTS untuk
berkhidmat sebagai guru. Sebelum ini
guru interim ditawarkan kepada graduan IPTA dan beberapa IPTS sahaja. Pada
September 2012 seramai 8 graduan IPTS berjaya mendapat tempat melalui temuduga
SPP, 7 dari Unitar dan 1 dari Open University. Dengan ini, ia memberi peluang
kepada beberapa graduan universiti menjadi guru bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA)
melalui MRSM, Institut Kemahiran Mara (IKM), dan Kolej Komuniti Teknologi
Malaysia (KKTM).
2.5.1 Perbezaan
Sistem Perguruan Beberapa Negara Maju
Di
Negara Jepun, para guru di sana sangat dihormati dan dihargai. Mereka diberikan
segala kemudahan dan insfrastruktur yang terbaik bagi memastikan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah .Guru di sekolah rendah mendapat gaji
yang lebih tinggi berbanding pensyarah universiti. Hal ini kerana pendidikan di
Jepun sangat mementingkan pendidikan awal kanak – kanak yang mampu membentuk
jati diri mereka sejak dari awal lagi. Semua guru sekolah rendah mempunyai
sekurang – kurangnya ijazah bagi memantapkan profesion mereka. Sementara itu, semua
sekolah adalah satu sesi bagi menyeragamkan kurikulum serta pentadbiran sekolah
supaya lebih terurus dan sistematik.
Sementara
itu, pendidikan guru di Korea Selatan pula, perguruan tinggi dibahagi kepada dua;
pendidikan dua dan empat tahun.Selama 4 tahun, para graduan belajar bidang keilmuan
serta pedagogi. Dua tahun pula mereka belajar tentang dasar – dasar serta
pekeliling yang mesti dipatuhi seperti nilai etika, tanggungjawab serta
integriti. Universiti juga terbahagi kepada iaitu Universiti keguruan melibatkan
bidang pendidikan, komunikasi dan teknik manakala satu lagi ialah Universiti
khusus iaitu yang mengfokuskan bidang akademik selain pendidikan.
(
MUKHTAR BIN SUHAILI,UIA 2004).
Sebuah
lagi negara maju dari segi pendidikannya ialah Jerman. Sistem pendidikan
perguruan di sana lebih menekankan kefahaman teori dan aplikasi praktikal pada
seseorang graduan guru. Sementara itu, hubungan yang sangat erat antara pihak universiti
dengan sekolah telah melahirkan graduan yang benar – benar mahir. Hal ini
kerana graduan mengetahui sendiri keadaan dan masalah yang dihadapi di sekolah.
Dengan pengalaman yang telah dilalui, mereka dapat memikirkan segala
penyelesaian membabitkan pengetahuan, kemahiran pedagogi, amalan pengajaran
serta nilai etika keguruan. Salah satu perkara terpenting dalam pendidikan di
Jerman ialah sistem pendidikan percuma. Pendidikan yang percuma membantu
mengurangkan beban kewangan warganya sekali gus memandang tinggi akan
kepentingan pelajaran kerana ia bukanlah sesuatu untuk diurus niaga. Oleh itu,
perkara yang berkaitan dengan bidang keguruan dan pendidikan sangat digalakkan
oleh negara ini untuk memajukan masa depan warganya.
2.6
Isu – Isu Berbangkit
Isu yang pertama ialah tempoh
latihan perguruan yang tidak sekata. Terdapat perbezaan antara kursus perguruan
yang dijalani oleh pelatih guru menyebabkan penempatan guru menjadi tidak
teratur hinga menyebabkan lambakan dan kekurangan guru dalam sesuatu masa
tertentu. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan tempoh latihan guru mengikut
program perguruan di IPG dan IPTA/IPTS.
Program Pengajian/Institusi
|
Tempoh Pengajian
|
ISMP
(IPTA/IPTS)
|
4
Tahun
|
PISMP
(IPG)
|
5
Tahun
|
Diploma
Pendidikan (DPLI)
|
1
Tahun
|
Diploma
Pendidikan (GSST)
|
1
½ Tahun
|
Isu
kedua pula ialah penguasaan ikhtisas keguruan yang nyata berbeza terutama
program PISMP dengan DPLI. Perbandingannya dapat dilihat sendiri berdasarkan
tempoh latihan sebelum ini. Jika tempohnya lama, maka banyaklah input yang
dipelajari mengikut tahun pengajian. Sebaliknya jika tempoh pengajian yang
singkat, maka kuranglah input yang dimiliki. Jadual di bawah menunjukkan
latihan ikhtisas mengikut jam kredit bagi program PISMP dengan DPLI.
ISMP/PISMP
|
DPLI
|
-
Kursus wajib IPTA/IPTS
|
-
Komponen Pengkhususan
|
-
Kursus teras
|
-
Komponen teras
|
-
Kursus elektif
|
-
Praktikum
|
-
ROS dan Praktikum
|
-
GERKO
|
-
Kokurikulum
|
|
JUMLAH
JAM KREDIT = 133
|
JUMLAH
JAM KREDIT = 40
|
Isu
yang ketiga pula ialah graduan ISMP yang dipinggirkan. Graduan ISMP ialah
lepasan dari IPTA/IPTS seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang
dipinggirkan hak mereka untuk diserap ke sekolah. Menurut Utusan Malaysia ( 3
November 2011) seramai 5000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
telah berdemo untuk mendapatkan jaminan yang sama dengan penempatan Guru
Sandaran Tak Terlatih (GSTT). Hal ini kerana pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia ( KPM) telah menyerap 7079 GSTT ke jawatan sebagai
guru di seluruh negara. Mengikuti kursus Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI) dalam bidang perguruan di Institusi Pendidikan guru
Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Berikutan dengan itu, isu ini
mendapat perhatian Menteri Pelajaran ketika itu. Kenyataan media
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengenai isu penempatan
graduan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Beberapa ketetapan dan penyelarasan telah
dibuat bagi memastikan graduan ISMP yang belum ditempatkan dapat diserapkan di
sekolah-sekolah.Seramai 5,510 graduan IPTA telah mendapat panggilan temuduga
dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai Januari tahun ini. Proses
temuduga telah diadakan secara berfasa.
Seramai
4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut SPP terpaksa menolak 32
graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 557 calon dianggap
menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan diri pada hari
temuduga itu dijalankan.
Isu
keempat pula ialah isu KPLI dan DPLI. Terdapat empat isu yang melibatkan
guru-guru KPLI dan DPLI ini. Antaranya ialah Minat,jalan mudah mencari
pekerjaan, penguasaan kemahiran pelajar KPLI dan DPLI dalam kursus ikhtisas dan
menolak hak pelajar ISMP yang layak. Berdasarkan minat, terdapat
sebilangan kecil guru yang memilih profesion perguruan dengan motif peribadi
seperti mendapat gaji yang tetap. Selain itu, cuti yang panjang ini pada
jangkaan mereka ia merupakan bidang yang mudah serta tidak mencabar. Isu jalan
mudah mencari pekerjaan pula, kebanyakan daripada mereka asalnya gagal bersaing
dalam pasaran kerja yang semakin mencabar membuatkan mereka mengambil inisiatif
mudah dengan masuk ke dalam bidang pendidikan atas tiket KPLI dan DPLI. Hal ini
dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Mahadi Hj. Khalid dan
Salehudin Hj. Sabar (2005) yang menunjukkan sebanyak 53.10 peratus pelajar KPLI
tiada pilihan lain yang mendorong mereka mengambil Kursus Pendidikan Lepasan
Ijazah.
Isu
penguasaan kemahiran pelajar KPLI/DPLI dalam kursus ikhtisas pula membincangkan
ialah tahap penguasaan kemahiran palajar KPLI dan DPLI dalam kursus ikhtisas. Kursus-kursus
tumpuan kurang diberi penekanan walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan
diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan
teknikal yang menjadi opsyen utama. Keadaan ini akan mendorong Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melahirkan guru-guru pelatih yang kurang
berkemahiran mengajar pedagogi, kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang
mahir dalam komunikasi ( Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004).
Sementara
itu, isu keempat dalam permasalahan ini ialah menolak hak pelajar ISMP yang
layak. Kewujudan guru-guru lepasan KPLI dan DPLI sedikit sebanyak telah
mengganggu penempatan guru-guru lepasan ijazah pendidikan. Hal ini adalah
guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini merupakan pelajar tajaan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini dijamin
penempatannya dan ditempatkan terlebih dahulu kemudian sekiranya ada kekosongan
guru-guru lepasan ijazah pendidikan pula yang akan diserap.
Isu
yang kelima pula ialah isu guru luar bidang. Guru luar bidang bermaksud guru
yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang
diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat
penempatan. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat.
Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat
kenyataan sebagai reaksi kepada runggutan bahawa berlaku masalah kekurangan
guru di negara ini. Beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan
guru tidak seimbang, 2006).
Terdapat
kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini.
Berdasarkan
kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011) iaitu guru terutamanya yang
mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan
latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar di sekolah. Setiap guru perlu
mengajar bidang yang mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang
tersebut dengan sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Kesan
daripada isu guru luar bidang ini, guru tidak dapat
mengajar dengan berkualiti dan berkesan kerana disebabkan kandungan isi
pelajaran yang tidak lengkap untuk mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya
pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja. Semestinya apabila guru tersebut
dapat mengajar bidang pengkhususannya tiada lagi masalah guru menghadapi
kesukaran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang berkualiti.
Isu
yang keenam pula, isu guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Isu guru sandaran
tidak terlatih (GSTT) ini diserap menjadi guru tetap melalui program Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Guru sandaran tidak terlatih merupakan
individu yang berminat untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai sebarang sijil
dan kelayakan seperti diploma atau ijazah yang berkaitan dengan perguruan. Satu
isu yang timbul ialah pada portal Malaysiakini pada 17 Disember 2009 bertajuk
‘Bantu Kami, Guru GSTT Cina’. Ian merupakan surat terbuka sekumpulan Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) seluruh negara kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri pelajaran. Perkara
yang dinyatakan ialah rayuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar menganjurkan
lebih banyak kursus KPLI-SR Dan KDPM-SR Bahasa Cina serta pengambilan lebih ramai
calon untuk Bahasa Cina bagi GSTT Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) .
Isu
yang terakhir pula ialah isu guru interim. Guru interim ini masih baru
diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program Guru Interim ini bagi mengisi
kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT yang ditawarkan pengajian DPLI
di seleruh IPT di Malaysia. Guru interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah
KPM. Guru interim ini lebih bersifat kontrak. Jika perkhidmatan tidak
diperlukan lagi ia akan ditamatkan serta merta. Begitu juga jika gagal
penilaian temuduga, guru interim tidak diambil untuk diserap menjadi lantikan
tetap.
3.0 Cabaran dan Penyelesaian
Isu
semasa dan berbangkit berkaitan pensijilan guru adalah satu fenomena yang
sering berlaku dalam bidang perguruan. Pihak kerajaan khususnya Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) semestinya
mengambil langkah yang proaktif dan berkesan untuk mengelakkan kejadian yang
sama berulang kembali sehingga menjejaskan profesion keguruan. Bagi isu
pengambilan KPLI dan DPLI, pengambilannya mestilah diperketatkan supaya yang
benar – benar minat sahaja dipilih untuk memasuki bidang perguruan. Berikutnya,
menurut Yazid Abdul Manap (2001), pelbagai strategi diambil KPM bagi martabat
profession perguruan. Untuk meningkatkan tahap professionalism keguruan, banyak
keistimewaan diberikan kepada guru untuk meningkatkan motivasi guru seperti ganjaran
dan kenaikan pangkat. Selepas itu, dengan tertubuhnya universiti perguruan
(UPSI) dan penaiktarafan maktab perguruan ke institut pendidikan guru dapat
melahirkan bakal guru yang berkualiti, komited dan bertanggungjawab terhadap
tugas. Bagi kebajikan guru pula, pelbagai pertubuhan yayasan guru diwujudkan dan bagi melahirkan
penghargaan kepada guru, hari guru terus disambung dan diwarnai dengan pelbagai
kemudahan yang disediakan
Seterusnya,
pelaksanaan PITO diteruskan oleh KPM kepada guru bukan opsyen. Hal ini untuk
meningkatkan lagi kualiti guru Malaysia
melalui pendekatan tambah opsyen (tanpa ubah opsyen asal). Dengan ini, tiada
atau kurang isu yang timbul berkaitan guru bukan opsyen kurang ilmu,
pengetahuan pedagogi dan amalan pengajaran selepas kursus ini dilaksanakan.
Selain itu, pelbagai program pensiswazahan guru yang mula diperkenalkan pada
tahun 2011. Guru perlu mendalami segala ilmu pengajaran dan pembelajaran dari
segala bidang berikutan pendidikan global yang begitu pesat dan mencabar.
Antara program yang telah dijalankan seperti PKPG (Program Khas Pensiswazahan
Guru), PGSR (Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah)KPM – OUM, PKPGB (Pensiswazahan
Guru Besar). Kos untuk mewujudkan PPG telah menelan belanja sebanyak 1.4
Billion (2011).
Di
samping itu, dalam bahagian biasiswa guru pula guru berpeluang mengikuti program
kedoktoran dan sarjana. Bahagian biasiswa KPM menawarkan biasiswa penuh dan
cuti belajar bergaji penuh.seperti hadiah latihan persekutuan HLP dan cuti
belajar bergaji penuh tanpa biasiswa CBBP TB).
4.0 Langkah Ke Hadapan
Profesion perguruan
adalah satu bidang yang amat mulia dan dipandang tinggi. Masyarakat tidak perlu
pandang rendah terhadap jasa guru yang telah banyak menyumbangkan ilmu
pengetahuan dan mengerah tenaga untuk melahirkan pewaris ketua negara untuk
masa hadapan. Bagi meningkat dan memartabatkan profesion perguruan, pelbagai
pihak perlu memainkan peranan penting untuk menangani isu kelayakan guru.
Ianya, bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat menepati saranan KPM supaya
mencapai matlamat yang produktif dan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Guru sememangnya pembentuk negara
bangsa. Sesuai dengan tema hari guru yang disambut pada tahun ini. Dengan
lahirnya guru yang berkualiti, beretika dan berintegriti tinggi maka hasilan
produk (pelajar) pada masa depan juga adalah yang terbaik
No comments:
Post a Comment